Thursday, August 25, 2011

Steve Jobs Resigns as Apple CEO


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Harap sihat2 hendaknya. Dah dekat nak raya ni kalau tak sihat susah la kan?

Steve Jobs. Apple. Siapa Steve Jobs ni? Apa kaitan Steve Jobs dengan Apple? Bagi yang tahu siapa Steve Jobs ni memang sentiasa dikaitkan dengan Apple. Pada yang tak tahu, mari kita sama-sama mengenali Steve Jobs.

Steve Jobs ni salah seorang orang penting dalam pembangunan Apple. Dia merupakan CEO dalam Apple. Setahu aku dia seorang yang genius. Dia banyak menyumbangkan idea2 yang brilliant dalam pembangunan teknologi Apple.

Baru2 ni kita digemparkan dengan berita perletakan jawatan beliau sebagai CEO di dalam Apple.
Adakah selepas perletakan jawatan beliau sebagai CEO Apple akan menjejaskan Apple?

Link di bawah kenyataan perletakan jawatan beliau :
Steve-Jobs-Resigns-as-CEO-of-Apple

Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya akan terjadi dan sesetengah pendapat menafikannya. Ya atau tidak kena tunggu lepas ni.

Link di bawah serba sedikit Biodata Steve Jobs.
Steve-Jobs-Bio

Link ini pula presentation Ipad 2 dari Steve Jobs.
Steve-Jobs-Present-Ipad 2

Apa pun pada peminat Apple teruskan menyokong Apple kepada Steve Jobs teruskan usaha anda. Selamat berjaya.

Wednesday, August 24, 2011

Kemalangan Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak bercerita pasal kemalangan yang aku tengok pada hari isnin 22 August 2011 yang lepas.

Pada hari isnin yang lepas, aku ambik cuti mengejut disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan. Masalah ni berkaitan dengan bank. Faham2 la kan kalau dah urusan bank. Hahaha...... Kebetulan adik perempuan aku pun cuti. Dia ajak aku pergi Shah Alam nak cari baju raya. Yela rayakan dah dekat.

Pagi tu aku pergi la settlekan urusan bank dulu. Lepas dah settle urusan bank aku pun berjalan la. Lokasinya Shah Alam. Agak lama dan letih juga la lepak kat Shah Alam. Alamaklum la, bawa Tuan Putera kecilku. Si kenit ni pun bukan tahu penat, nak meratap aje. Dari jam 12tgh sampai jam 5pm aku kat Shah Alam. Lebih kurang 5 jam aku kat Shah Alam yang dibeli hanya sepasang telekung sembahyang wanita and 2 pasang kasut. Nak cari baju, kata adik aku. " Baju tak cantik sangat tapi harga boleh tahan. Bila dah ada yang berkenan size pulak xde". Hhmmm... macam2. Destinasi seterusnya Kota Damansara. Kenapa aku nak ke sana? Aku nak pulangkan Broadband maxis yang aku dapat free sempena "Birthday" aku bulan ni. Tarikhnya?? Hahaha......

Sampai di Kota Damansara, aku singgah e@Curve. Kat sana ada maxis center. Alhamdullillah urusan aku x lama nak pulangkan Broadband. Lepas aku keluar dari e@Curve plan nak balik rumah mak, ada permintaan dari adik aku nak beli KFC sebab anak dia nak makan. Singgah la KFC sekejap. Lepas beli KFC memang aku dah penat, aku cakap lepas ni dah takde singgah mana2 sebab dah penat.

Nak dijadikan cerita, otw aku nak balik rumah mak aku, aku terperasan kenapa jalan yang aku jalan ni jem. Biasanya tak macam ni. Rupa-rupanya ada kemalangan. Kemalangan ni berlaku di lampu isyarat sek 6 kota damansara. Dekat dengan "Gulam Mee". Bila aku tengok keadaan lori tu, agak seram juga. Takut kalau lori tu menghimpap kereta aku motosikal. Semakin dekat aku dengan kawasan kejadian, semakin berdebar dada aku. Alhamdullilah, kemalangan tu tak melibatkan kenderaan lain. Nampak juga pemandu lori tu. Dia cuma cedera ringan.

Apa pun pesanan aku untuk semua. " Berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang".

Monday, August 22, 2011

Persiapanku menyambut "Aidilfitri"

Assalamualaikum semua,

Hari ni aku nak bercerita sikit berkenaan persiapan yang aku buat untuk menyambut "Aidilfitri" yang tinggal beberapa hari lagi ni.

Weekend yang lepas memang padat event aku untuk persiapan hari raya. Boleh kata "kerja berat". Rehat pun kurang. Kerja dari pagi bawa ke pagi balik la. Hehehe.....

Sabtu pagi dalam jam 10am memang aku dah plan nak cat depan rumah and porch kereta. Sebab aku nak cat depan rumah tu bukan apa, sebab lepas "renovation" rumah yang lepas, color depan rumah aku separuh putih and separuh peach. Jadi nampak tak mnarik. Ditambah pula laman rumah yang banyak dengan lebihan barang-barang dari "renovation" rumah yang dulu. Dengan syiling kapur ada dalam 6 keping and batu bata.

Dari pagi, aku settlekan cat dulu. Melayan cat aje sampai jam 3pm.
Lepas melayan cat mengemas plak. Bayangkan aku kena punggah 6 keping syiling kapur, lebih kurang 60 biji batu bata kebelakang rumah. Memenatkan betul. Kerja-kerja memunggah sahaja sampai jam 4pm.

Lepas mengemas aku mandi and bersiap nak ambik kabinet tv @ Subang. Bersiap and solat sampai jam 5pm. Jam 5pm aku gerak ke Subang. Sampai kat rumah dalam jam 5.50pm aku menung kejap. Dalam otak aku berfikir "macam mana aku nak angkat kabinet tv ni? aku tengok bangla atau nepal tu pun perlukan 2 org untuk angkat. Takkan aku nak suruh wife aku tolong angkat". Nak taknak aku pikul la sorang. Berbirat tangan aku. Selamat dah kabinet tu aku letakkan dalam rumah. Hari tu aku ada Iftar dengan member aku dari The Agency @ Renaissance Hotel.

Aku and family gerak dari rumah dalam jam 6.15pm. Masa keluar dari rumah, berfikir juga kat mana plak la hotel ni? Akhirnya dapat "direction" dari member aku and aku sampai sana kurang 10min sebelum berbuka. Alhamdullillah sempat sampai. Lepak sampai jam 9.30pm. Plan balik ni nak lalu depan Sogo la.

Ambik kau, aku lalu Jalan Raja Alang berdekatan dengan HKL sampai Maju Junction ambik masa 1 jam nak keluar. Lepas keluar dari jem tu aku terus gerak balik ke Puncak Alam. Otw balik tu, Permaisuri and Putera kecil ku dah tido keletihan. Aku layan la drive sorang-sorang. Akhirnya dampai rumah dekat jam 12am. Korang rasa balik tu aku terus tido ke? Rasanya kerja aku dah siap? Hahaha........

Sambung dari 12am Ahad. Sampai rumah memang aku dah plan nak cat ruang tamu. Tapi ruang tamu aku dipenuhi dengan akuarium, kipas dinding and jam. Jadi aku kena clearkan dulu barang-barang tu.

1st aku kena alihkan akuarium. Aku ada 2 jenis akuarium. 4ft and 3ft. Nak angkat akuarium 4ft tu dah memeningkan kepala. Sebab tekad aku nak siapkan kerja aku layan juga. Aku tangkap dulu ikan kaloi yang dah sebesar lebih sikit dari tapak tangan aku dengan masukkan plastik ikan yang besar and desak dia masuk. Lepas tu buangkan air dalam akuarium. Dah siap alihkan akuarium 4ft, aku kerjakan plak akuanrium 3ft. Dekat 1 jam juga la nak alihkan akuarium-akuarium tu. Mana taknya, nak kena masukkan balik air, garam and anti klorin dalam dua-dua akuarium. Dah siap, aku pun mulakan mengecat.

Layan mengecat aje ambik masa lebih kurang 2 jam. Maklum la buat kerja sorang. Dah siap cat, aku cuci kipas dindang sebab banyak habuk and letak balik ditempat asal bersama jam sekali.

Akhirnya sampai part terakhir, pemasangan kabinet tv. Bila aku buka kotak kabinet tv, alangkah terkejutnya kau installation guidelinenya just sekeping kertas sebesar size A4 dibahagi 3. Pening kepala nak faham cara pemasangannya. Aku belek-belek kertas tu nak fahamkan akhirnya sampai jam 5.15am. Tak siap juga kabinet aku. Aku ambik keputusan tido dulu untuk rehatkan badan. Aku tido dari jam 6 lebih sampai dekat jam 10am. Aku dikejutkan dengan suara wife aku, memanggil anak aku yang main dengan barang-barang kabinet yang bersepah-sepah. Dari jam 10am sampai jam 4 lebih pm baru siap kabinet tv aku. Hahaha....... memang lawak betul la. Petang tu aku bersiap ke rumah mak untuk berbuka puasa.

Petang tu aku berbuka puasa dengan big family aku and balik jam 8.30pm.

Apa pun aku bersyukur sangat pada ALLAH kerana semua kerja-kerja aku siap. Puas aku rasakan walaupun badan ni terasa sakit-sakit. Amin......

Monday, October 27, 2008

Mencuba sesuatu yang baru

Ini baru 1st time mencuba buat blog sendiri selepas mendapat galakan dari kengkawan ofis.

Seronok juga ada blog sendiri ni. Kata orang dan pesanan yang aku selalu pesan kat kenalan and rakan2 aku "Kalau kita ada masalah jangan simpan sebab ianya akan menjadi bom dalam diri. Seeloknya lepaskan, kalau tak dapat lepaskan pada yang sepatutnya sekurang-kuangnya lepaskan dari segi penulisan. InsyaALLAH lapang dada and tak le bengkak aje perasaan tu".

Apa pun terima kasih buat kawan2 aku.
atanahmad and
bajonzjambul

Kepada yang lain sila-sila la mencuba k.