Monday, August 22, 2011

Persiapanku menyambut "Aidilfitri"

Assalamualaikum semua,

Hari ni aku nak bercerita sikit berkenaan persiapan yang aku buat untuk menyambut "Aidilfitri" yang tinggal beberapa hari lagi ni.

Weekend yang lepas memang padat event aku untuk persiapan hari raya. Boleh kata "kerja berat". Rehat pun kurang. Kerja dari pagi bawa ke pagi balik la. Hehehe.....

Sabtu pagi dalam jam 10am memang aku dah plan nak cat depan rumah and porch kereta. Sebab aku nak cat depan rumah tu bukan apa, sebab lepas "renovation" rumah yang lepas, color depan rumah aku separuh putih and separuh peach. Jadi nampak tak mnarik. Ditambah pula laman rumah yang banyak dengan lebihan barang-barang dari "renovation" rumah yang dulu. Dengan syiling kapur ada dalam 6 keping and batu bata.

Dari pagi, aku settlekan cat dulu. Melayan cat aje sampai jam 3pm.
Lepas melayan cat mengemas plak. Bayangkan aku kena punggah 6 keping syiling kapur, lebih kurang 60 biji batu bata kebelakang rumah. Memenatkan betul. Kerja-kerja memunggah sahaja sampai jam 4pm.

Lepas mengemas aku mandi and bersiap nak ambik kabinet tv @ Subang. Bersiap and solat sampai jam 5pm. Jam 5pm aku gerak ke Subang. Sampai kat rumah dalam jam 5.50pm aku menung kejap. Dalam otak aku berfikir "macam mana aku nak angkat kabinet tv ni? aku tengok bangla atau nepal tu pun perlukan 2 org untuk angkat. Takkan aku nak suruh wife aku tolong angkat". Nak taknak aku pikul la sorang. Berbirat tangan aku. Selamat dah kabinet tu aku letakkan dalam rumah. Hari tu aku ada Iftar dengan member aku dari The Agency @ Renaissance Hotel.

Aku and family gerak dari rumah dalam jam 6.15pm. Masa keluar dari rumah, berfikir juga kat mana plak la hotel ni? Akhirnya dapat "direction" dari member aku and aku sampai sana kurang 10min sebelum berbuka. Alhamdullillah sempat sampai. Lepak sampai jam 9.30pm. Plan balik ni nak lalu depan Sogo la.

Ambik kau, aku lalu Jalan Raja Alang berdekatan dengan HKL sampai Maju Junction ambik masa 1 jam nak keluar. Lepas keluar dari jem tu aku terus gerak balik ke Puncak Alam. Otw balik tu, Permaisuri and Putera kecil ku dah tido keletihan. Aku layan la drive sorang-sorang. Akhirnya dampai rumah dekat jam 12am. Korang rasa balik tu aku terus tido ke? Rasanya kerja aku dah siap? Hahaha........

Sambung dari 12am Ahad. Sampai rumah memang aku dah plan nak cat ruang tamu. Tapi ruang tamu aku dipenuhi dengan akuarium, kipas dinding and jam. Jadi aku kena clearkan dulu barang-barang tu.

1st aku kena alihkan akuarium. Aku ada 2 jenis akuarium. 4ft and 3ft. Nak angkat akuarium 4ft tu dah memeningkan kepala. Sebab tekad aku nak siapkan kerja aku layan juga. Aku tangkap dulu ikan kaloi yang dah sebesar lebih sikit dari tapak tangan aku dengan masukkan plastik ikan yang besar and desak dia masuk. Lepas tu buangkan air dalam akuarium. Dah siap alihkan akuarium 4ft, aku kerjakan plak akuanrium 3ft. Dekat 1 jam juga la nak alihkan akuarium-akuarium tu. Mana taknya, nak kena masukkan balik air, garam and anti klorin dalam dua-dua akuarium. Dah siap, aku pun mulakan mengecat.

Layan mengecat aje ambik masa lebih kurang 2 jam. Maklum la buat kerja sorang. Dah siap cat, aku cuci kipas dindang sebab banyak habuk and letak balik ditempat asal bersama jam sekali.

Akhirnya sampai part terakhir, pemasangan kabinet tv. Bila aku buka kotak kabinet tv, alangkah terkejutnya kau installation guidelinenya just sekeping kertas sebesar size A4 dibahagi 3. Pening kepala nak faham cara pemasangannya. Aku belek-belek kertas tu nak fahamkan akhirnya sampai jam 5.15am. Tak siap juga kabinet aku. Aku ambik keputusan tido dulu untuk rehatkan badan. Aku tido dari jam 6 lebih sampai dekat jam 10am. Aku dikejutkan dengan suara wife aku, memanggil anak aku yang main dengan barang-barang kabinet yang bersepah-sepah. Dari jam 10am sampai jam 4 lebih pm baru siap kabinet tv aku. Hahaha....... memang lawak betul la. Petang tu aku bersiap ke rumah mak untuk berbuka puasa.

Petang tu aku berbuka puasa dengan big family aku and balik jam 8.30pm.

Apa pun aku bersyukur sangat pada ALLAH kerana semua kerja-kerja aku siap. Puas aku rasakan walaupun badan ni terasa sakit-sakit. Amin......

No comments: