Assalamualaikum.
Hari ni aku nak bercerita pasal kemalangan yang aku tengok pada hari isnin 22 August 2011 yang lepas.
Pada hari isnin yang lepas, aku ambik cuti mengejut disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan. Masalah ni berkaitan dengan bank. Faham2 la kan kalau dah urusan bank. Hahaha...... Kebetulan adik perempuan aku pun cuti. Dia ajak aku pergi Shah Alam nak cari baju raya. Yela rayakan dah dekat.
Pagi tu aku pergi la settlekan urusan bank dulu. Lepas dah settle urusan bank aku pun berjalan la. Lokasinya Shah Alam. Agak lama dan letih juga la lepak kat Shah Alam. Alamaklum la, bawa Tuan Putera kecilku. Si kenit ni pun bukan tahu penat, nak meratap aje. Dari jam 12tgh sampai jam 5pm aku kat Shah Alam. Lebih kurang 5 jam aku kat Shah Alam yang dibeli hanya sepasang telekung sembahyang wanita and 2 pasang kasut. Nak cari baju, kata adik aku. " Baju tak cantik sangat tapi harga boleh tahan. Bila dah ada yang berkenan size pulak xde". Hhmmm... macam2. Destinasi seterusnya Kota Damansara. Kenapa aku nak ke sana? Aku nak pulangkan Broadband maxis yang aku dapat free sempena "Birthday" aku bulan ni. Tarikhnya?? Hahaha......
Sampai di Kota Damansara, aku singgah e@Curve. Kat sana ada maxis center. Alhamdullillah urusan aku x lama nak pulangkan Broadband. Lepas aku keluar dari e@Curve plan nak balik rumah mak, ada permintaan dari adik aku nak beli KFC sebab anak dia nak makan. Singgah la KFC sekejap. Lepas beli KFC memang aku dah penat, aku cakap lepas ni dah takde singgah mana2 sebab dah penat.
Nak dijadikan cerita, otw aku nak balik rumah mak aku, aku terperasan kenapa jalan yang aku jalan ni jem. Biasanya tak macam ni. Rupa-rupanya ada kemalangan. Kemalangan ni berlaku di lampu isyarat sek 6 kota damansara. Dekat dengan "Gulam Mee". Bila aku tengok keadaan lori tu, agak seram juga. Takut kalau lori tu menghimpap kereta aku motosikal. Semakin dekat aku dengan kawasan kejadian, semakin berdebar dada aku. Alhamdullilah, kemalangan tu tak melibatkan kenderaan lain. Nampak juga pemandu lori tu. Dia cuma cedera ringan.
Apa pun pesanan aku untuk semua. " Berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang".
No comments:
Post a Comment